Saturday, November 12, 2011

EMOTIONAL

today i.m very emotional
i hate this world
and most importantly 
i want to say sorry
because i hate you people

SOMETIMES....

sometimes i hate myself
sometime i love myself
sometime i hate people and always blame them for some reasons
sometime i like to pretend that i'm ok
sometime i realize that i'm not good enough
sometime i like to be alone
sometime i can be a jerk
sometime i never interested on world
sometime i feel my friend never like me
sometime i......




feel alone

P/s: worthless

Saturday, November 5, 2011

TALI GITAR DAH PUTUS

tali gitar dah putus!
baru nak layan2 gitar petang2 camni
tp masa nak tuning terputus la pulak
pastu abng aku mengeluarkan fakta mengatakan bahawa tali gitar aku dah berkarat
dan dia cakap kat aku yg tali gitar mmg kuat
kalau kte asyik tarik tali dengan tegangnya
maka gitar korang akan rabak, kiranya boleh pecah la

maka abg aku menyatakan dia akan belikan tali gitar baru
tali fender, cool gila

p/s: nak bersihkan my hubby (gitar) bg shiny2 sikit

Thursday, November 3, 2011

girl - beatles
girl - beatles

Wednesday, November 2, 2011

PENGEMBARAAN YG X PERNAH BERMULA

WAHAI BLOG!
aku JELES!
YA AKU MMG JELES KAT ORANG YG BOLEH MELANCONG KAT MANA JE YG DIA NAK
 aku ni hidup jarang sangat la nak berjalan2 tengok keindahan alam, budaya, masyarakat dan sebagainya la
orang cakap jauh perjalanan luas pandangan
mungkin ada sebab2 tertentu aku x melancong sangat

aku nak pergi eropah tengok keindahan bangunan dia
pergi london tuk shopping
pergi paris tengok eiffel tower
pergi spain
pergi rome tuk saksikan kehebatan empayar dia
pergi vienna tuk dengar muzik dia
pergi jepun tuk tengok matahari terbit dengan bunga sakuranya
pergi new zealand tuk rasa kiwi dan tengok kambing biri2 dia yg gemuk
pergi afrika tengok haiwan liar dia
pergi brazil nak tengok pesta dia
pergi india tuk rasai warisan dia
pergi ke bali tuk rasa kebalian dia

tp satu malysia pun x habis jelajah
ni kan pulak nak pergi luar negara
haishhh sabar jerla
harap aku dapat ke luar negara
x kira la sambung belaja ke
bekerja ke
insyaallah aku cuba yg sebaiknya la

p/s: belum cuba belum tahu!
                                                                    


Friday, October 28, 2011

re-TREE-it

hai eberibodi
fuh 
aku dah lama x cerita pasal portfolio architecture
kali ni
portfolio ni bernama 
re-TREE-it
tp aku nak cerita pasal kesudahan portfolio ni
 ceritanya macam ni
ni sebelum majlis perasmian....siapkan apa yg patut

ni pulak masa hari kedua....
ada nasi lemak yg dijual oleh ada
mesti korang pelik siapa tukang jual yg sebenar...haha nama dia ada a.k.a khaleda
gambar kat atas ni menunjukkan aku kusyuk makan dan pandangan aku tu mengatakan bahawa "jangan dekat dengan aku kalau x aku gigit korang!"..... dan sebelah gambar aku ni pulak kucing pencuri yg cuba mengambil kesempatan....hahaha....

ada budak kolej shahputra datang untuk support kteorang!!!
thanks to you'll

yg tgh meriah mak ngah kat atas tu pulak sebenarnya sesi memilih lagu dan nak ditujukan kepada sesiapa....
biasa la yg keje jd dj ni x len x bukan aku la siapa lg
perdebatan hebat dan nasib baik xde sape yg tercedera ketika memilih lagu

ni pulak sesi men karom dengan congkak
ni jela yg ada
meriah jugak la

malam pulak ada aktiviti len...
kteorang keluar peluh sikit
men futsal la katakan
tengok khaleda tu excited habis....dia la yg merangkap ajk makanan dan nasi lemak yg paling sedap sekali
yg sebelah gambar ada tu faez....dia berjaya buat aku konfius dengan perwatakan serupa ahmoi cina jual kobis....hahaha



yg ni pulak malam dinner....semua tgh menunggu detik untuk merebut dan menyambar apa yg bakal dihidangkan...
sambil2 tu men dulu chess ke congkak ke sambil memikirkan menu yang sedia ada

dah lepas lectures semua balik....kteorang apa lagi guna peluang yg ada tuk after party....hhahaha
dan ni kali kdua aku dikerah oleh anas tuk perform....
men pun ke laut....kalau nak tau mana aku
aku kat gambar bawah sebelah kiri
macam kumpulan kopratasa tak aku....hahaha
aku men lagu it's all about you tuk fik atas permintaan beliau sendiri masa sem satu....
kira berbalas balik la sbb dia pernah nyanyi tuk aku masa besday aku...

yg ni pulak gambar tambahan.....
aku nak ucap trimas kat irfan sbb aku dah ter ambil gambar2 dari dia tuk jadi memori dalam blog aku ni
gambar atas irfan ngan pak nil ...teka la mana satu irfan
dan gambar kucing bawah tu....err dia sebenarnya salah seekor dari penghuni ARCO yg mampu bertahan sampai skang ni....

ni pulak video yang aku-rasa-paling-lawak-habis-la yg dihasilkan oleh budak multimedia


p/s:...................errrr....................








Saturday, October 22, 2011

klasik nasional

aku selalu hantar mak aku pergi kerja kat airport sejak kecik lagi
dan aku paling suka ble hujan
tp sejak aku pindah klia
aku ske lepak ngan ayah aku dengan adik aku dalam kereta
sambil dengar lagu2 melayu klasik, keroncong, zapin
lagu2 camtu best didengar ble malam
sambil makan aiskrim ke, minum vitagen ke
dan lagi mengesyokkan ble hujan
soul of the music tu masuk ke dalam jiwa la
tp mungkin budak remaja2 skang x dengar dah lagu camtu
tapi ble dengar lagu2 camtu mula la bapak aku bukak cerita zaman muda dulu
zaman duduk kampung
actually best jugak la dengar mak bapak korang bercerita
dari situ dia bagi nasihat
tp ble dah masuk part lagu yg dia tau mula la nyanyi
aku pun dengar jerla
hmm
seronok
memori yg x boleh dilupakan

how deep is your love - cameron mitchell cover

MARAH?

marah?
apa tu marah?
marah adalah salah satu perasaan manusia
ok kenapa marah?
actually aku ada jugak terpikir 
aku bukan jenis cepat marah
aku bukan jenis cepat melenting
aku bukan jenis cepat dan nak balas dendam

ada je kawan aku2 yg cepat melenting
marah2
tp aku x boleh
marah tu umpama satu hasutan yang jahat
aku x boleh marah sesuka hati
mungkin aku dah latih diri aku dengan bersabar sbb seseorang
ada jer kawan2 aku yg marah, kuat suara, pukul2 yg walaupun kecik tapi perbuatan yg amat menyakitkan hati aku
aku cakap kat hati aku
perlu ke aku marah balik
perlu ke aku balas balik
mungkin agak nampak aku ni dumb giler sbb aku ni penakut
haha
x kisah la
kalau aku x balas
ada jer yg boleh membalas

aku ada cerita
masa kecik aku ada gaduh dengan sorang budak laki
jiran aku
pastu aku mengadu kat ayah aku kene pukul ke apa
pastu bapak aku cakap blas balik
pastu aku dengan hati berat pergi balik sambil mengomel yg bapak aku ni x backup aku
pastu aku cari la balik budak tu
dah jumpa aku aim baik jer tapi dari jauh
seingat aku setengah jam jugak la aku duk berfikir secara panjang
kat tepi bangunan tu
aku pikir balik
kalau aku gaduh ngan anak jiran tu confirm mak bapak aku aku kene aim pulak
so aku pun balik dan cakap kat ayah aku
budak tu dah settle dah
dan aku trus tido sbb aku penat nak pikir balik

so kesudahannya.... ingat2 la tuhan sikit
nak carut  pun agak2 la
ayat kat atas ni sebenarnya kepada aku jugak


p/s: kawal hati

Monday, October 17, 2011

always hear this song!

pumped up kicks by foster and the people

ALONE IS NOT LOSER!!

ko bukan loser kalau xde sape yg teman ko kat sisi
well... be proud of yourself...
 percayakan diri sendiri 
yg ko bukan loser

NICE WORK PEOPLE!

aku nak cakap ayat diatas 
kalau diaorang berjaya menjayakan portfolio ni

Friday, October 14, 2011

second last is better than last

ayat yg ada maksud sebenarnya
actually ayat tu dikeluarkan oleh kawan aku yg pernah mengalami satu kejadian 
heh...dengar macam seramkan
sebenarnya xde apa pun sbb ayat tu kluar ble dia jadi second last tuk present projek dia
dlm architecture ni yg paling penat sekali ialah ble nak menunggu turn tuk present
tahap peratusan tu makin menurun bila nak present
mula2 nervous
pastu confident
then relax
later boring
last2 present jerla asalkan habis cepat...
haha
tu antara ragam ble nak present

tp ada lagi benda yg best 
ni time ble nak cuti sem
kteorang budak architecture ni akan ada portfolio ble nak habis semester
dan akan jadi yg last jugak la yang balik
pastu tengok budak course len bungkus barang nak bawak balik rumah
dalam hati macam nak maki je
tp kali ni kteorang akan jadi second last yg balik...
sbb budak course planner akan balik last sekali sbb lepas habis portfolio kteorang, diorang punya turn pulak...
tu macam satu benda yg best la bagi kteorang...haha
ok itu jerla nak citer
sbb skang tengh tunggu turn nak siapkan assignment

ok bye people!

p/s: you're welcoming to our portfolio this sem on  28 until 30 october, i guess
please like our page at facebook. "reTREEit"
love you'll!!

Friday, September 16, 2011

KEPENATAN MELAMPAU

HAI BLOG!
dah berhabuk dan berlumut blog ni
haha
 biasa la penat sangat
dah beberapa hari aku x tido dan beberapa hari juga aku minum nescafe tu dan jadi 'high' berserta sawan yg sangat kronik
tp xpe 
sbb aku rasa dah ada kemajuan dalam diri aku dlam menyiapkan keje studio yg macam apa ni..
aku rasa lagu2 yg ada dalam laptop aku ni semuanya aku dah dengar...
ada gak satu lagu yg aku dengr selama 7  jam tanpa henti... sbb lagu tu je masuk mood..
wuaarrgghhh penat sangat ni..
semalam lepas aku dah habis pre submission tuk aku punya projek 
aku ingat nak g makan kat gerai biasa je...pastu secara x langsung kawan aku bawk g makan kat pavi... almaklum dalam kete tido...
dah makan teppayaki kat situ diorang menjalankan misi diorang
SHOPPING!!
tp biasala budak pompuan nak shopping..aku ikutkan jerla
duit xde
bukan aku yg bawak keta pun...
tp aku sebenarnya x ske FOREVER 21
ntah la kenapa aku anti sangat dengan kedai tu...
tp dah habis diorang shopping
apa lagi SNOWFLAKES la 
sedap snowflakes tu tp kalau dia jual time tgh panas ke lg sedap
thanks to SUANN, ARDA and JIAX
pastu g TYPO
cool giler barang2 dia..
then kteorang pun balik
tu jerla


p/s:aku x mandi selama 2 hari tuk siapkan projek dan rambut aku banyak gugur dan muka aku macam dah banyak jerawat nak tumbuh..haha

Thursday, August 18, 2011

NAK BALIK!!!

hai blog!!
pelikkan tiba2 mengupdate blog??
ni sbb aku dah x boleh concentrate kat keje aku n skang aku rasa gila malas
idea xde, mungkin kerana puasa kot
ahhh! alasan semua tu... 

esok aku akan jalankan misi 'PONTENG KLAS'
hahaha....jahat kan aku....
sebenarnya bukan aku je yang buat camni...
ramai lagi yg buat sbb nak balik bercuti raya..
mood raya dah berbunga
mood blaja huh jgn citer la
lagipun aku dah kepenatan yg melampau ni...
aku dah terpikirkan bazar kat rumah aku yang makin lama makn panjang cuma tunggu nak aku pergi borong jer
aku x kira esok aku akan balik sambil membawa keje yang perlu disiapkan
aku rindu zaman kanak2 dulu x yah susah pikir nak buat keje yang melambak
haisshh sabar jerla.... dah jodoh aku ngan arkitekturu

ok la nak sambung keje ni...
kenapa la studio ni xde yg pasang lagu raya?
x menggamit memori la camni

p/s: nak ucap mohon maaf kat sesiapa yang aku terluka hati perut akal perasaan dan sebagainya la...
SELAMAT HARI RAYA!!!

Tuesday, August 2, 2011

fuhhhhh....

saya dah PENAAAATTTT!!!
tu lah aku nak jerit buat masa sekarang ni.....
aku ada banyak masalah sekarang ni
x tau nak citer dengan siapa
haaaiiishhh...
OH!
 sebelum aku lupa
aku nak ucapkan selamat berbuka...eh silap selamat menyambut bulan ramadan
harap2 dapat la kte tingkat kan ibadah kte di bulan puasa ni...
ok la nak taip pun x larat dah ni
OH!
 aku lupa lagi
saya nak ucapkan selamat berpuasa kat mak ngan ayah yang berada di rumah
kalau makan ingat la saya yang berada disini
kepada mak saya jangan pikir sangat pasal baju raya saya
kepada ayah pulak kalau dah masak lauk yang sedap2 jangan lupa calling2 la saya
saya akan belaja bersungguh2
demi mencapai masa depan yang cemerlang
perghhh ayat.... macam kat perantauan pulak
(nasib baik x letak belaja kat mana)
hahaha
salam

p/s: saja je nak jenguk  dan kasi 'makan" kat blog ni, dah lama sangat dah xde entri

Friday, May 20, 2011

SAYA AKAN JADI SENIOR!!!

assalamualaikum to eberibodi...
apa habaq semua
entri kali pasal saya akan jadi senior, tu bermakna saya dah habis sem unuk first year...
banyak betul kenangan yang x dapat dilupakan..
kene halau dengan pak guard dari studio, third year dah nak gerak keluar, model patah, kene crit, dan macam2 lagi la...
bukan senang nak hidup kat universiti ni....haisshh
aku sebenarnya x ready lagi nak jadi senior sbb banyak benda yang aku kene belaja...takut budak2 junior x paham nnt...

ok la...alhamdulillah semuanya dah tamat...
ada peningkatan sikit dalam kerja
aku agak puas hati dengan hasil kerja aku...
walaupun x la hebat tapi iyelah budak baru belajar ada banyak kekurangan..

selain tu, trimas saya ucapkan kat lecturer2, kawan2, senior2, parent dan len2 sbb bagi sokongan dan dorongan
insyaallah kalau aku masih larat nak bawak sem depan aku akan truskan...kalau x tengok la entri aku mcmner nanti

p/s: ada banyak citer aku nak citer kat korang tp bukan kat entri ni jer ada yang len...
citer pasal aku memalukan diri selama beberapa hari waktu portfolio...haha..jom 

Tuesday, April 19, 2011

TOLONG LA PAHAM!!

assalamualiakum  dan salam sejahtera!!
sebenarnya aku tgh marah dan aku nak merungut kat blog (harap xde saper yang terasa)
 sebenarnya bukan nak merungut apa pun...
merungut pasal belajar je
penat la belaja architecture ni..
aku dah letak effort aku yang x berbelah bagi ni sampai dah x terbilangnya percent yang mampu aku bagi..
haisshh(mengeluh jap)
sabar jerla..

aku bukan apa sbb penat je buat segala benda pastu gred dia mcm_________(sila isi sendiri)
aku ada gak mempersoalkan pasal kalau blaja kejar gred salah, x kejar gred pun salah..
antara alasan yang diberikan ialah:
1. kte sepatutnya xpayah kejar gred sbb kte kene la ada feeling masa nak blaja. yang pastinya passion dalam blaja architecture. gred kira belakang yang pasti kte puas hati ngan keje kte
2. kalau x kejar gred macam mana ko nak keje. ko x dapat gred bagus macam mana orang yang percaya ko boleh buat keje tu atau x...mungkin kalau diambil bekerja pastu kerja sehabis mungkin lain citer la

sbagai  student kte ptut diberi petunjuk... mmg la kne cari sendiri semua infomation ke hapa pastu dah salah
kene la bagitau apa salahnya...ni x tanda salah tapi x bagitau tau secara terperinci apa kesalahan  tu... nak jugak dengar pendapat pensyarah yang boleh membantu  membina balik apa yang patut (patut aku tulis kat eppp)

aku rasa dah la tu...mals nak citer lelebih
so buhbye eberibodi

p/s: aku bukan nak tujukan kat sesiapa....tp ada gak kesalahan aku yang banyak aku buat....tp tolong la paham..mungkin nampak agak pengecut tulis kat blog tp nak buat macam mana tu je yg mampu aku buat....kalau ada insiatif len insyaallah aku akan lakukan dengan cemerlang sekali..
aku akan buat lebih gempak tuk portfolio
minta maaf sekali lagi bagi sesiapa yang terasa

Monday, April 18, 2011

MUSIC SAFE MY SOUL

KTE BERTEMU KEMBALI!!
 entri kali ni ialah pasal muzik
semua orang suka lagu, semua orang suka dengar lagu (kecuali cacat pendengaran)
kali ni aku nk kongsi muzik macam mana yang aku ske dengar..

meh aku senaraikan seberapa banyak yang mungkin lagu muzik yang aku dengar
pop, rock. balada, jrock, jpop, kpop, nasyid, orkestra, opera, keroncong, lagu melayu asli, lagu orang asli, indie, lagu perancis, ghazal, hiphop, jazz, lagu clubing, techno, lagu semulajadi(maksud aku macam bunyi angin, ombak, hujan, guruh, burung, kucing, dan macam lagi la) dan plbagai lagi

sebenarnya lagu banyak memberi pengaruh kpd aku...kalau rasa runsing, gembira, sedih ke mesti nak dengar lagu... 

p/s: sebenarnya ada banyak lagi lagu malas nak tulis jer... korang rasa ada lagu best yang korang suke dan handak dikongsi...meh la comment

ORANG BERBAKAT YG MENCURI TUMPUAN SAYA!!!

ASSALAMUALIAKUM dan salam malam dari saya!!
kali ni nak cerita pasal orang yang berbakat.. kalau korang nak tau aku sangat senang untuk kagum orang yang berbakat x kira la dia ada bakat kecil ke besar.... sbb tuhan sentiasa jadikan semua orang tu ada kelebihan masing2... tp bergantung kpd orang tu nak guna sebaiknya kebolehan tu atau x

sbenarnya ada beberapa orang yang berbakat besar tlah mencuri tumpuan saya antaranya:

1. ibubapa saya sendiri...
setiap anak mesti akan cakap ibubapa diorang yang terbest skali...tapi sejak aku dilahirkan kat dunia ni dan duduk dengan family aku aku dah banyak discover pasal parent aku sendiri... walaupun xde la phD atau ijazah dan setakat guna SPM jer tuk bekerja sebenarnya diorang ada kebolehan yang sangat mengagumkan saya..walaupun x la sebesar mana kebolehan diorang tp diorang mampu tuk membahagiakan diri saya dengan kebolehan yang diorang ada.. misalnya mcm ayah saya..dia xde la kerja pangkat besar dan pernah menuntut di luar negara untuk sambung pelajaran tp bagi saya dia sumber rujukan ilmu yang paling terbaik skali yang pernah saya ada.... tanya la dia pasal apa sekalipun pasti dia akan bagi jawapan yang dapat memuaskan hati x kira la agama, politik, ekonomi, sejarah, critical issue, hal perempuan sekalipun die mampu berkongsi...
mak saya pulak x la macam ayah saya.. mak pulak jenis yang sangat bersungguh buat keje.. dia belajar melalui pengalaman dia sendiri, mama pandai segalanya sebagai seorang mama sbb dia pandai buat segala yang dia nak antaranya buat perabot, memasak, jahit langsir, jahit baju dan sebagainya... nampak remeh bukan tapi sebenarnya dia seorang yg berbakat tuk hidup

2. LAT
siapa LAT?? Lat ialah seorang kartunis MAlaysia yang buat saya kagum dengan hasil lukisan dia,
 

lat banyak menkaji pasal malaysia.. bagaimana nak ketahui budaya malaysia, bcala buku2 dia.... masa aku pergi kinokuniya, klcc, aku nampak la buku dier dekat kaunter dan aku sangat excited sampai nak beli tapi bli keluar dompet... alahai sedihnya cukup2 bajet tuk membeli makanan jer...ssedihnya

3. P. RAMLEE
nama sebenar beliau ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh... nama pun dah menarik bukan...dier ada lah penggiat seni lakonan dan nyanyian yang terkenal...aku hidup dengan filem2 dier yang sangat memberi pengajaran.. filem2 dier antara yang paling banyak kali aku tengok dalam hidup aku...semua dialog aku hafal( tp dah makin lupa)
antara filem2 dier
dan banyak lagi

4. joyce jonathan
dia ni orang perancis.... mcm mana aku kenal die...melalui sorang kawan aku
aku suka nyanyian dier yang bersahaja
muzik dier yang x terlalu berat dan aku selalu berulang kali dengar lagu dier time buat keje

5. ANDRE RIEU
dia orang belanda.. seorang conductor muzik dan pemain violin
sebenarnya aku tersangat kagum dengan orang yang pandai violin
dier mmg hebat masa conduct dan main violin.... dier bawak lagu dengan rasa yang lembut dan sangat menenangkan

sebenarnya ada ramai lagi yang buat aku kagum...
tapi dah malas sangat nak taip cukupla setakat ni jer
so ebiribodi buhbye

p/s: kalau korang ada orang yang berbakat yang mampu mencuri tumpuan korang, mehla la kte bercerita

Friday, April 15, 2011

KAHWIN???!!! APAKAH..

assalamualiakum dan salam sejahtera semuanya!!
lama sungguh x melajukan jari jemari tuk menaip di blog.
entri kali ni pasal jodoh dan aku sebenarnya bukan pakar tuk cerita pasal jodoh cuma iyelah semakin tua semakin pikir pasal jodoh
sebenarnya td aku aku makan la beramai2 dengan kawan aku kat studio..ala setakat order mcD jer.. iya lah kelas habis pukul 11malam nak keluar kang x boleh nak masuk balik 
 td kteorang cerita la pasal kaum adam ni...saja je bukan nak mengumpat pun cuma berkongsi cerita yg menarik untuk diambil pengajaran

lepas tu cerita punya cerita sampai la kisah ke kahwin...pastu mula la ckap nak tema apa time kawin nnt...
aku malas nak amik port kalau citer pasal kawin ni, nak nak pulak time aku makan...hhhmmmphhh mmg aku duduk diam kat situ sambil menghayati makanan aku dan mendengar cerita kawan2 aku ni...

maka banyak la kesimpulan mcm mana nak cari lelaki tuk kawin nnt...
ada yang cakap cari lelaki rajin la nnt senang hidup..cari lelaki yang sayang lebih kat kte la pastu ada jugak nak cari laki yang berkarier macam mana untuk kawin nnt and so on...
dan aku just dengar dan menghayati makanan..

sememangnya betul apa yang diorang cakapkan...iyelah kalau dah ada jodoh laki tu dapat la kte...kalau x nak buat macam mana..hanya tuhan saja yang tau

buat masa sekarang aku masih lagi menyinglekan diri sbb aku ada banyak tanggungjawab yang kene pikul... iyalah tanggungjawab sbgai anak, tanggungjawab sbgai kakak, tanggungjawab sebagi student lagi....
haisshh banyak sungguh yang kena pikul.. 

cuma aku selalu berdoa kat tuhan supaya beri kesejahteraan kat aku dan family, permudahkan urusan aku, dan kalau dah bertemu jodoh yg elok apa salahnya untuk teruskan...

ok la sampai sini jerla yang mampu aku taip....banyak keje nak kene settle dalam pukul 2 pagi ni... kalau ada apa cerita aku akan sampaikan.. 
ok...buhbye eberibodi!!!

p/s: kawan aku cakap "dah makin dewasa rupanya kte sampai boleh cerita pasal kawin, dulu cerita pasal nak cepat dapat boyfriend, sekarang nak cepat dapat suami"
of course la kte citer pasal kawin sbb umur pun dah 19 tahun...haisshh sabar jerla!!

Monday, April 11, 2011

rungutan dan nasihat seorang student architecturu!!

kenapa aku amik ARCHITECTURE?
sebab pada mulanya aku ingat architecture ni fun but memang fun pun. serius memang fun.
aku suka kawan2 yang banyak membantu dan sering bersaing, walaupun x puas hati dengan design orang lain yang dapat markah banyak (tu pandangan aku, aku x kisah korang nak cakap apa) tapi diorang tetap akan beri sokongan dan dorongan. senang cerita warmth hearted la (ntah betul ke x aku punya english aku pun x tau).
Tapi kepada budak2 habis SPM yang bercadang untuk join belajar architecture kat UTM ni korang  kene la kuat semangat dan x mudah mengalah dan sering atau selalu berusaha.
HAH! lagi satu kalau time presentation ke crit ke kalau pensyarah korang cakap design korang x teruk tapi worst,
korang kena la sabar dan anggap jerla tu satu proses pengajaran. buat2 senyum sudah walaupun dalam hati rasa macam nak bkao jer studio tu. kalau lecturer komen banyak sangat korang anggap la sumer tu salah korang tapi korang jangan x protects korang punya design pulak. tp mmg ada salah jugak la. sebab x ikut cakap lecturer. 
ada lagi perkara yang aku nak meluahkan. kalau korang x reti english buat2 la pergi kelas english. jangan la merayap sana sini. pergi cari kerja la apa la...tapi kalau cari kerja untuk tampung kehidupan universiti xpe la jugak. ingat murah dan senang ke hidup sebagai student architecture. banyak duit nak kene pakai tau.. 
walau apapun korang kene punctual dalam keje. jangan nak melengahkan masa (terutama aku)
kene ikut cakap orang tua"bersusah dulu bersenang kemudian" bukan "bersenang dulu bersusah kemudian" naya korang nnt!

ok la malas nak menaip
saja nak membebel kat sini

p/s: dah habis presentation.....lega sungguh!!

Saturday, March 26, 2011

saya guna notepad lagi

hari ni saya ada workshop
di pagi hari sabtu
dimana semua student masih tidur
dan semua budak architecture tahun satu
kene ada kat studio
kene buat rendering
memang best
cik sab ada jemput dua orang rakan dier
untuk ajar kami
best sangat
banyak yg kami tahu
sebenarnya aku dah dapat hidayah
untuk lukis design aku
alhamdulillah
td kteorang pergi wangsa walk
cadangnya nak karaoke
yg hadir
cik sab(lecturer), hana nuwul(si liar), mina(yg  tgh rajin buat keje skang,
farahin( rasa pisang boleh memberatkan isi kandung yoghurt), nurul(kene masak untuk atuk dier)
tp hajat x kesampaian
sbb
ramai orang
hari minggu
huhu
x dapat sambut earth hour
sekarang ada kat studio
layan movie
pakai projector
pasang volume kuat-kuat
cik sab pun ada
haishhhh!!
knapa lembab sangat broadband
saya x suka la
td g makan ayam penyet
pedas sesangat
nak cerita apa lagi
dah x tau dah
huhuhu

p/s:guna notepad...best pulak benda alah ni...hihihi

Friday, March 25, 2011

bermonolog melalui teknologi a.k.a laptop

nama saya Nadzirah Binti Abdul Razak
umur saya 19 tahun
saya tinggal kat Kuarters KLIA
saya belajar dekat UTM International Campus
saya ambil jurusan senibina
seronok sangat belajar dekat situ
saya ada ramai kawan yang baik-baik
tapi penat sangat la belaja kat sini
tapi jurusan ni best
boleh pergi jalan-jalan
tapi pergi untuk akademik jer la
tapi mmg seronok
nanti ada portfolio
ada workshop dekat skudai
boleh jumpa ramai student architecture dekat situ
teruja habis
bow wow! la katakan
tapi saya sangat sibuk
sampai tak tahu macam mana nak settle kan
hahaha
tapi tak apa
hidup kena ada cabaran
kalau tak ada cabaran bukan hidup la namanya
saya nak cerita pasal makan pula
saya suka makan nasi
sebab saya tengah lapar!!!
jadi saya suka makan apa saja yang halal
hahaha.....
gurau jer....
saya suka makan udang tapi saya tak boleh makan udang
sebabnya saya ada alahan
nanti hidung saya gatal
asyik terbersin
nanti kena asma
huh!
penat gile
pastu kena pergi klinik
tak boleh buat kerja
tp nasib baik klinik free
boleh simpan duit untuk shopping
tp bukan nak shopping baju
nak shopping benda lain
hihihi (gelak jahat)
haish!!
bosan betul
lambat lagi ke nak habis kelas
jahatnya mulut saya
nanti kena sumpah tak dapat markah elok baru tahu
hahaha
saya dah pandai main gitar
dan saya dah beli gitar
saya tak tau kenapa saya beli gitar
parent saya x tahu pun
saya anak yg jahat
saya x dengar cakap parent saya
harga gitar tu RM180
harga kawan la katakan
saya tak tahu nak letak gitar tu kat mana masa cuti nanti
kalau bawa kantoi pula
haishhh!
susahnya nak buat keputusan
saya nak makan
tapi tak tau nak makan kat mana
nak makan apa ekkk??
haishhh!!
susahnya nak buat keputusan
apasal lah diorang punya slide hebat panjang sangat
serius hebat
kenapa internet saya lembab
cepat la loading
dah habis slide pun
tahniah!
tepuk tangan
asal susah sangat nak jadi arkitek
suann cakap saya emo
saya x emo la
cuma betul la
susah sebenarnya nak jadi arkitek
sebab arkitek tergolong dalam golongan elit
hahaha
kaya jadi arkitek
pewittt!
nanti boleh beli kete besar

"saya pon begitu" - hana.nuwul :)

Wednesday, March 16, 2011

sharing and caring = different

hoi hai eberibodi!!!

ok kali ni aku nak cerita pasal perkongsian rahsia diantara budak2 studio.....mmg best td masa tgh lepak2 kat Old Town kitaorang main Truth Or Dare (tp kteorang main truth jer)...

mcm2 soalan yg panas yang diajukan oleh kengkawan mengenai kawan2 yg laen yg berada di studio.... tp ada soalan yg terlalu femes yang sering diajukan antaranya:-

1. siapa yg kteorang x berapa sangat pada awal pertemuan ( kiranya x ngam la)
2. saper yg dah banyak berubah x kira dari segi penampilan ke perangai ke dan segalanya la
3. saper yg kteorang ske pada mulanya bertemu ( cewah ayat)

maka jawapannya.........aku xkan bagitau...hahaha...secret la wei..

tp aku ada kene mengena pada soalan yg no 1 dan 2 tu...nak tau knapa???

1. sbb aku sangat annoying pada permulaan sbb aku x reti berbahasa inggeris...teruk sangat aku time tu...hahaha aku rasa down masa sem tu sbb alasan tu la...tp skang aku ada kawan yg membantu untuk mengimprovekan bahasa inggeris aku...(aku selalu merungut "NAD macamner nak blaja kat luar negara ni!") hahahaha....

2. AKU DAH BANYAK BERUBAH!!! YES!! sebab nampak nyata sangat aku dah berubah....dari segi penampilan aku jerla....ala aku tukar sikit2 jer setakat pakai selendang sumer orang pakai....iyelah sumer budak kat studio aku semuanya lawa2 dan sweet2 belaka.... tp aku xnak berubah dari segi penampilan jer aku nak berubah dari segi mentaliti... aku mahu maju ke depan (perghh ayat).. sbb aku xnak kecewakan parents aku....diorang sangat mengharapkan sesuatu dri aku... so kena la berubah...tp kpd member lama jgn ingat aku berubah jdi yg lain....AKU TETAP AKU (jerit sekuat hati)

so ok la...aku nak sambung buat keje ni....ja ne eberibodi

p/s: lagu perancis sangat best bile ko dengar banyak kali..... thanks suann

Thursday, March 3, 2011

follow yg x nak follow

hoi hai eberibadi!!!
long time no see!!

baru aku sedar blog aku ni sebenarnye membosankan dalam erti kata lain x best langsung...
so apa patut aku buat ehhh??
eberibadi help me...

p/s: tgh bosan duduk sorang2 kat studio sambil layan lagu the beatles- hey jude berulang kali

Friday, February 25, 2011

gitar yg putus tali

hai eberibodi!!!

hari ni aku rasa serba salah sbb aku dah buat silap....
nak tau apa aku dah buat... aku dah memutuskan tali sebuah gitar....huhu....TT______TT

kejadian ni berlaku tengah hari td, sebelum aku nak pulangkan  balik kat tuan empunya: shyda
maka sedang aku bermain dam practise lagu 'speak now' nyanyian Taylor Swift tiba2
KKKRRRAAAAANNNNGGG
terputus talinya dan tangan aku ada luka sedikit (sakitnyer)
  
nak tau rupa gitar tersebut
 

masa perjalanan aku ke studio hati aku risau gler
jantung aku degup degap memikirkan reaksi si shyda
masa nak naik ke tingkat atas studio ternampak shyda dengan riang gembiranye meng"hai' kat aku
lg la berdegup degap jantung ni
dah lepas ambil kerusi n nak duduk tiba2 shyda dengan hati berbunga panggil duduk sebelah
apalagi mcm nak meletup la jantung aku...
 dah x tahan sangat citer la kat dier
mula2 dier diam jap, pastu dier beriang gembira balik

dan nak menyedapkan hati dier aku bg dier out crunch dua paket...
bukan main seronok dier...
huuuhh!!! lega nasib baik x marah...

hah...nah tali yg putus....
korang boleh nampakkan...
tali tu orang ckap mahal....kene ikat perut la nampaknyer....sob sob

ok la  tutup blog......ja-ne

p/s: kalau dah pinjam barang orang, jaga la sebaik mungkin....


kami menyambut maulud nabi!!

assalamualaikum semua!!! apa khabar dan salam sejahtera....
kali ni aku nak bercerita pasal budak2 ARCO menyambut maulidur rasul!
sebenarnya kejadian ni dah lama dah berlaku, sabtu minggu lepas...
cuma malas nak memblogkan kejadian tu dan ada orang yg lg pantas menulis pasal maulidur rasul

bdak2 ARCO sangat excited seperti:
shyda

budak  ni pun....hana nuwul..

tengok siap ber pixie sumer la diorang ni....cool x??

kteorang di suruh untuk pkai baju kurung hitam tp x disuruh untuk pkai sneakers....hahaha

ni la sepanduk kteorang...COOOLLL kan?.

keletah budak lelaki innovARCH!!

sebenarnya ada banyak lg, gambar blur tu yg malas nak letak
sampai sini jerla yg termampu nak di kongsi....so gudbye

p/s: x menang pun....







Monday, February 14, 2011

cuti cuta di terengganu dan bekerja di janda baik!!

hoi hai eberibadi!!! hahaha saja nak merosakkan bahasa

aku baru balik dari terengganu dan janda baik!! memang terbaik la dikatakan.
pergi sana pun bukan saja2, mesti ada keje nak dibuat lepas balik

mood masa nak pergi: excited

mood masa nak balik: ........

banyak kenangan yg x dapat dilupakan masa pergi trip (ce citer..ce citer) nak citer x larat dah....yg klaka.. yg sadis.. yg menakutkan.. yg memalukan dan pelbagai lagi... meh aku tunjukkan gambaq..
muke sebelum pergi....excited kan diorang ni...berkobar2

ni pulak kat Pura Tanjung Sabtu...kteorang mmg satu family yg besar!!

muzium negeri!!...nice place for me!!

selepas makan malam kteorang melepak kat tp laut..

selepas ber'shopping' sakan kat Pasar Payang kami semua ke jati untuk bertolak ke Taman Tamadun Islam
(syok wooo!!)

ni dekat dengan Masjid Kristal!!

kat Taman Tamadun Islam...sempat main2 kat taman mainan jap..mcm x pernah jumpa la diorang ni
(studio master pun terjoin skali)

bar be que-ing

ni kat site analysis Janda Baik pulak..
kene jalan kaki la pulak!!

ok la. sebenarnya ada banyak lagi gambar cuma lembabs skit nak upload
jd buhbye eberibodi....ja-ne


p/s: serius muka dah burn.....berbelang la pulak....menyakitkan hati betul!!






Monday, February 7, 2011

madu, honey dan kongsi

selama aku hidup ni aku selalu terpikir, "kalau mak aku dah x ada dalam dunia ni...saper yg akan gantikan dier?"

tentula dalam hati aku xnak sesiapa yg akan menggantikan mak aku, sbb mak aku sangat sempurna bg aku walaupun dier ada banyak kelemahan dan kekurangan(semua anak akan ckap mcm tu). Aku rasa nak menangis ble ayah aku bercerita pasal mak aku...aku xnak cerita kat korang pasal mak aku sbb aku nak semua ni rahsia. Mak aku bekerja kuat  untuk anak2 dier terutama untuk adik aku. Aku boleh nampak pegorbanan dier walau dier sembunyi. Aku boleh nampak air mata dier bila dier menangis sorang2 kat bilik memikirkan bila dier dah xde dalam dunia ni...

bila ayah aku ckap dier dapat mimpi yg dier kawin lagi satu kat mama, mama pun mula nak bising ckap yg bukan2..tp hakikatnyer ayah aku nak ckap mimpi tu petanda dier akan dapat pendamaian selepas sesuatu yg buruk telah terjadi...mungkin ayah aku ada masalh dan dier akan dapat rasa damai lepas tu...aku paham perasaan mak aku...mana mungkin la ada perempuan yg sanggup bermadu...tp lepas bermadu lama kelamaan akan biasa jugak...

ayah cerita kat aku masa hantar aku balik utmkl haritu...aku sebagai pendengar setia ayah pun dengar dan pikir secara terbuka....lepas tu ayah tanya,"kalau ayah kawin len apa pendapat adik?"... aku diam sekejap bg masa aku nak susun ayat untuk sedapkan hati aku dan ayah. Aku ckap kalau dah ada jodoh, elok perlakuan, alok agama, dan sanggup bermadu serta mampu menjalinkan hubungan yg baik dengan keluarga madu...apa salahnya...ayah terima jawapan aku...ayah saja nak uji tahap pemikiran aku...tp aku tau ayah xkan buat mcm tu...ayah x kan khianat mcm tu kat aku...

kpd mama aku, ayah mmg sayang mama. jangan terlalu curiga sangat dan jangan la asyik sebut"ayah ko keluar ngan perempuan lain la tu" nnt jadik doa pulak.
ayak ku jua

mak aku ditengah2

p/s: aku sayang famili aku...kalau ada sesiapa cuba rosakkan famili aku........................................

Sunday, February 6, 2011

HAKU, research dan trip ke T'gnu..

hai hoi hai everybody....

nak start macam ekkk...haha...ok la aku baru habis di crit table oleh studio master iaitu cik saba...alhamdulillah aku punya client di approved oleh cik saba dalam project ecostudio ni.....hahaha....mcm mana x nyer client aku Frank Llyod Wright...dier ni boleh dikatakan bpak kpd green architecture ( kalau salah kenyataan ni sila bgtau ok). tp aku kene buat banyak research lg pasal dier dan kene menghayati keje2 dier...
ni masterpiece dier "falling water"

tp yg paling best skali ialah trip ke terengganu.....wooohhhooooo!!! trip ni bkan g saja2 pun nnt balik dari trip kene buat keje jugak....haha. klau diorang ada dslr aku pun ada la tp bukan dslr la...sony biasa je.. x mampu nak bli. ni bukan apa pun nak snap gambar2 kat sana tuk keje jer..dalam architecture ni kene ada banyak bukti (mengikut pengalaman aku di sem lepas).. jadi la kamera biasa pun.... aku ada gak g shopping tuk ke terengganu ni..ala beli seluar..baju sikit ngan selendang.. harap perjalan nak g terrengganu nnat selamt la gamaknya.. aku rasa akan menjadi mc didalam bas lg hihi..kalau aku rajin dan ada orang nak dengar la..

ok la aku nak menutup blog aku...buhbye...

p/s: ....kene berkumpul...

Friday, February 4, 2011

HAKU & KEJE YG X SIAP!!!!

KEJE X SIAP LAGI!!! jerit batinku....klau nak jerit secara zahir confirm family aku ckap budak ni disampuk setan dan klau nak bahasa baik skit....tekanan perasaan terhadap kerja la tu.....

knapa la time cuti seeminggu ni aku x gerak buat kerja pun....bangun lambat.... keje x jalan.... apa nak jadi ni nad oiii...klau camnila attitude aku confirm jalan nak jadik arkitek tu susah skit...... ckap nak kurus skit masa cuti...tp tup tup terbalik...tidakkkkk....haiiissshhh.....

nad bangun nad....berusaha lebih skit nad.....kawan2 ko sumer hebat2....jadi mcm diorang nad....(semangat x diorang kat atas)...hihi

p/s: aku xde feel sebenarnya nak berblog skang ni....

Tuesday, February 1, 2011

HAKU & PASAR MALAM yg dah lama ada!!!!

hai hoi hai......kte bertemu kembali....ni post kedua aku ( tepuk skit).....atas desakan hana nuwul nak tengok aku punyer post baru...so HAKU pun terpaksa buat dan mengepost demi dier....

tajuk kali ni x berat sangat sbb semua orang pernah pergi pasar malam dan aku bru je balik dari pasar mlm kat tempat aku.......di kawasan NILAI ni kalau dah lama duduk mesti tau pasar malam mana yg paling best dan masyuk (bagi orang yg berniaga)....hahaha ni aku bagi senarai pasar malam n jadual dier....

selasa ~ pasar malam kat taman semarak....(bukan kat KL ok)...
rabu ~ pasar malam kat pekan salak ....(sekali lagi bukan kat PASIR SALAK)
jumaat ~ pasar malam kat desa cempaka....
sabtu ~ pasar malam kat kuarters klia....(bukan kat airport)
ahad ~ pasar pagi kat pekan salak.....

hah!!! hamik ko lists...mmg best pasar2 ni sebab dah umpama shopping complex tp basah punyer....hehehe...bleh senang hilang anak2 ye makcik pakcik sekalian!!!!korang bleh menyediakan duit yg banyak sbb korang rambang mata nak beli apa yg ada....(lebih2 lg makann)

tp bg family aku dulu2 ada benda penting yg kene beli....aku ngan abang2 aku mula nak 'mengepau' parents kteorang tuk beli segala kemahuan kteorang....kteorang bukan la spt budak len yg dapat bli mainan kat pasar tp kteorang bli mkanan tuk mengalas perut...bg kteorang baik bli snek2 yg ada n mengunyah dalam kereta sambil diperhatikan oleh parents kteorang yg dah terlari bajet!!! muahahaha...puas hati...mak ayah aku pun berkira dan berfikir untuk tidak membawa kteorang tp saper nak angkut sumer barang2 tu nnt......sabar jerla (kata hati ayah dan mak aku lebih terasa bajet lari)

mkann yg selalu kteorang bli ialah.....keropok lekor (msa kecik aku selalu pikir keropok susah utk didapati sampai kene prgi t'ganu...tu yg sampai terkeluar ayat "my precious kopok)....cendollll (klau dapat tu peeerrrgggghhhh!!! x hingat dunia kteorang)...apam balik (kemanisan dier memaniskan memori aku)...dan banyak lagi lahhhhhh(sampai x ingat).....

so itulah memori yg mmpu aku kongsi ngan korang......klau korang ada memori yg sama meh la join kongsi2 citer.....then dah xde apa lg yg aku nak citer...ja-ne everybody....

p/s: xde gambar nak tunjuk kat korang....ni baru second post ma....ta la leti lagi....

Thursday, January 27, 2011

haku dan blog baru dibuka...

hai hoi hai korang sumer.........

ehemmm...ehemm....(betulkan jari dulu)...first of all....aku nak ucapkan trimas kat hana nuwul kerana mengajar aku untuk bukak tapak dalam dunia blog ni.....kalau nak tau knpa aku bukak account blog ialah kerana aku mmg ikut orang.....ya mmg ikut orang....sebab yg len pulak , aku seorang yg sukar meluahkan kata2 dan susah nak kongsi cerita dari mulut ke mulut....last2 aku amik keputusan untuk buat blog....(ni kira macam diari la tp dibaca oleh orang ramai.....bg member yg tgh baca dan menyangkal kata2 ni....boleh la datang ke kaunter face-2-face)...

kpd memember yg dah ada blog...mehla jgn segan silu bertandang ke blog aku....errrr(excited sampai x tau nak taip apa)....okok la sumer...ja-ne(bye2) everybody...kalau ada paper berita kte share2 ok...

p/s: tahniah kat aku...hehe n_____________________n