Monday, April 18, 2011

ORANG BERBAKAT YG MENCURI TUMPUAN SAYA!!!

ASSALAMUALIAKUM dan salam malam dari saya!!
kali ni nak cerita pasal orang yang berbakat.. kalau korang nak tau aku sangat senang untuk kagum orang yang berbakat x kira la dia ada bakat kecil ke besar.... sbb tuhan sentiasa jadikan semua orang tu ada kelebihan masing2... tp bergantung kpd orang tu nak guna sebaiknya kebolehan tu atau x

sbenarnya ada beberapa orang yang berbakat besar tlah mencuri tumpuan saya antaranya:

1. ibubapa saya sendiri...
setiap anak mesti akan cakap ibubapa diorang yang terbest skali...tapi sejak aku dilahirkan kat dunia ni dan duduk dengan family aku aku dah banyak discover pasal parent aku sendiri... walaupun xde la phD atau ijazah dan setakat guna SPM jer tuk bekerja sebenarnya diorang ada kebolehan yang sangat mengagumkan saya..walaupun x la sebesar mana kebolehan diorang tp diorang mampu tuk membahagiakan diri saya dengan kebolehan yang diorang ada.. misalnya mcm ayah saya..dia xde la kerja pangkat besar dan pernah menuntut di luar negara untuk sambung pelajaran tp bagi saya dia sumber rujukan ilmu yang paling terbaik skali yang pernah saya ada.... tanya la dia pasal apa sekalipun pasti dia akan bagi jawapan yang dapat memuaskan hati x kira la agama, politik, ekonomi, sejarah, critical issue, hal perempuan sekalipun die mampu berkongsi...
mak saya pulak x la macam ayah saya.. mak pulak jenis yang sangat bersungguh buat keje.. dia belajar melalui pengalaman dia sendiri, mama pandai segalanya sebagai seorang mama sbb dia pandai buat segala yang dia nak antaranya buat perabot, memasak, jahit langsir, jahit baju dan sebagainya... nampak remeh bukan tapi sebenarnya dia seorang yg berbakat tuk hidup

2. LAT
siapa LAT?? Lat ialah seorang kartunis MAlaysia yang buat saya kagum dengan hasil lukisan dia,
 

lat banyak menkaji pasal malaysia.. bagaimana nak ketahui budaya malaysia, bcala buku2 dia.... masa aku pergi kinokuniya, klcc, aku nampak la buku dier dekat kaunter dan aku sangat excited sampai nak beli tapi bli keluar dompet... alahai sedihnya cukup2 bajet tuk membeli makanan jer...ssedihnya

3. P. RAMLEE
nama sebenar beliau ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh... nama pun dah menarik bukan...dier ada lah penggiat seni lakonan dan nyanyian yang terkenal...aku hidup dengan filem2 dier yang sangat memberi pengajaran.. filem2 dier antara yang paling banyak kali aku tengok dalam hidup aku...semua dialog aku hafal( tp dah makin lupa)
antara filem2 dier
dan banyak lagi

4. joyce jonathan
dia ni orang perancis.... mcm mana aku kenal die...melalui sorang kawan aku
aku suka nyanyian dier yang bersahaja
muzik dier yang x terlalu berat dan aku selalu berulang kali dengar lagu dier time buat keje

5. ANDRE RIEU
dia orang belanda.. seorang conductor muzik dan pemain violin
sebenarnya aku tersangat kagum dengan orang yang pandai violin
dier mmg hebat masa conduct dan main violin.... dier bawak lagu dengan rasa yang lembut dan sangat menenangkan

sebenarnya ada ramai lagi yang buat aku kagum...
tapi dah malas sangat nak taip cukupla setakat ni jer
so ebiribodi buhbye

p/s: kalau korang ada orang yang berbakat yang mampu mencuri tumpuan korang, mehla la kte bercerita

2 comments:

lunaflowers. said...

kau nie.. kejap aku, kejap saya. hahahaa~

btw, pemain violin tuh kejap gila jadi inspirasi kau. baru kenal semalam kan? :P

nadzirah nutz said...

emosi x stabil...
yg pemain violin tu dari form 4 lagi aku dah jumpa...ahaks